Adakah sumbangan kepada OTW mempunyai potongan cukai? Jika ya, apakah EIN anda?

Ya, jika di Amerika Syarikat. OTW (Organisasi Karya Transformatif) didaftar sebagai 501(c)(3) organisasi bukan untung. Oleh itu, semua derma yang kami menerima mempunyai potongan cukai. EIN kami di Amerika Syarikat adalah 38-3765024; ini juga akan termasuk dalam resit sumbangan anda untuk rekod anda.

Sila mengambil perhatian bahawa jika anda berada diluar Amerika Syarikat, sumbangan anda mungkin atau tidak mempunyai potongan cukai. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat cukai anda dan melihat jika sebuah hadiah kepada sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3) Amerika Syarikat layak untuk menerima potongan cukai dibawah undang-undang tempatan anda.

Sila hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami jika anda mempunyai soalan lebih lanjut mengenai hal tersebut.